Wednesday 13 August 2014

CONTOH SETIAKAWAN TERAGUNG DARI PARTI ISLAM SE MALAYSIA ???

CONTOH SETIAKAWAN TERAGUNG DARI PARTI ISLAM SE MALAYSIA ???
================================================
1.



17 Ogos Ka 27 Ogos Ka ...

Bhai/DeeDee semua ...

Benda nih "open secret".... Tak kisah la Mesyuarat JK PAS akan dibuat pada 17 Ogos ka atau 27 Ogos ka... Hasilnya sudah boleh dijangkakan...

Tak kisah la jugak kalu Mesyuarat ini dilewatkan sampai 17 November pon... Hasilnya tetap sama... Predictable...

Cakap-cakap Presiden sudah semacam "qath'ie"... Muktamad... Walaupun keputusan tue kureng tepat... Tapi bagi ahli PAS ianya dianggap berdosa kalo tak folo... Alasan konon ahli Jamaah kena wala' ngan pimpinan... wala' totok....

Giler aper nak wala' kalu nampak sangat macam ader agenda jer.... Takkan kalu pimpinan nak masuk tong taik pon jamaah semua nak kena ikut... Giler ker aper... Agak-agak la kalu nak wala' sekali pon...

Bukanlah Allah Taala tak kasik akal kepada lu.... Takkan tak reti nak guna kot???.. Sudah lupa ka pada ayat Al Quran yang diulang banyak kali dalam Surah Ar-Rahmaan iaitu "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" ...

Dalam kes PKR... Kalo Ketua Umum (KETUM) nak masuk tong taik... Takkan la ahli PKR pon nak ikut sama masuk tong taik... Agak-agak la wei... Hahaha... Giler aaa kalu wala' tak bertempat.... Nampak macam takdak akai ja..

So...

Sebenarnya benda nih kecik jer.. Tapi pasai ader orang tak reti nak jaga mulut... Mesyuarat pon belum buat... tapi dier dah kuar komen... Akai takdak punya worang... ... Benda simpler jer pada mulanyer... Pun mau kasik kepoh dan menyusahkan...

Aper susah sangat ka nak buat meeting tergempar dalam tempoh 24jam pertama .... Sampai bertangguh-tangguh... Nampak sangat la mesyuarat tue serupa tak payah buat pon takpa... Takdah proaktif... Leka.. Selenga..

Agaknyer la kalu la PAS jadi parti yang memerintah Malaysia... Kalu ader jadi kes macam MH370 ka... MH17 ka... Mau lapan belas kali mesyuarat akan ditangguhkan untuk bincang kes tue semata-mata ader yang tak dapat hadir.... Aper daaa... Lembab...

Ditegur tabley.. Dinasihat tabley... Alasan konon diorang lagi fakeh.... Pi Lanchow la...


Kredit:

http://cipantapirtenuk.blogspot.com


=============================================
2.

BINGKISAN DARI TUKANG TAMPAL POSTER BUAT PEMIMPIN PAS

TANPA PENYOKONG, TIADALAH PEMIMPIN

Boleh dikatakan bingkisan berikut adalah representasi tukang tampal poster, tukang gantung bendera, perayu undi, pengurus/penyelaras majlis/ceramah, keyboard warriors dan seluruh gerak kerja PAS yang amat berdukacita terhadap apa yang berlaku di Selangor. 

Inilah bingkisan yang datang dari golongan yang tidak mendapat apa-apa itu. Yong panjangkan. Sila baca.......



UNTUK KAWAN..!!

Kawan...!! Jangan khianati kepercayaan rakan Pakatan Rakyat hanya kerana untuk mempertahankan Presiden dan Setiausaha Agung kamu. Pas untuk Semua. Pas tidak akan menjadi Rahmat kepada semua jika Presiden mengekalkan kuasa Veto tanpa mengambil kira Syura Muktamar dan Syura Jawatankuasa Pas Pusat. 

Kawan...!! Jangan kamu hanya mengambil kira kesenangan kamu sehingga membelakangkan rakan-rakan yang pernah bersama kamu ketika menghadapi Pilihanraya. 

Kawan...!! Jangan kamu lupa, yang memberikan undi kepada kamu ialah pengundi yang mahukan Pakatan Rakyat berkuasa bukan hanya untuk Pas memiliki kuasa persendirian.

Kawan...!! Jangan kamu di hukum oleh pengundi dengan cara menghumban kamu kalah dalam PRU14 kerana sikap kamu yang hanya mementing diri sendiri.

Kawan...!! Musuh kamu yang utama ialah Umno dan Barisan Nasional bukannya rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Kawan...!! Kamu mendapat elaun ADUN dan Ahli Parlimen kerana rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat. Tidakkah kamu merasa bersalah mengambil elaun tersebut sehingga berani meninggalkan Pakatan Rakyat. 

Kawan...!! Kamu bercakap soal ugama tentang amanah dan janji benar tetapi dalam masa yang sama kamu seolah-olah mengkhianati janji-janji kamu kepada Rakan Pakatan.

Kawan...!! Kamu bercakap tentang Wala' kepada Pemimpin tetapi kamu lupa untuk Wala' kepada Syura Muktamar yang telah kamu putuskan bersama dengan ahli ketika kamu mengambil mandat Muktamar. 

Kawan...!! Pengalaman mengajar kita kezaliman Umno ketika kita sama-sama memperjuangkan demokrasi. Tetapi hari ini kamu di lihat senada dengan Umno di dalam beberapa hal.

Kawan...!! Dengarlah rintihan kami ini dan penyokong kamu. Jangan di lupakan sama sekali kamu yang kini berada di atas kerana ahli kamu dan sokongan pengundi kamu.

Kawan...!! Selesaikanlah masalah ini secepat mungkin untuk mengelakkan anggota bawahan dan kepimpinan sesama kita tidak berbalah sehinggakan membawa berantakan keretakan hubungan sesama sendiri. 


Akhirnya... Kawan...!! Sekali lagi kami merayu kepada kamu, mohon di selesaikan dengan bijak masalah ini secepat mungkin.


Kredit: 

http://yongsukakuning.blogspot.com

==============================================
3.



Apabila Exco PAS Begitu Tersenyum Gembira Bersama Pengkhianat Pakatan Rakyat...


Pas tidak tunjuk simpati kepada Exco DAP, PKR

Permintaan DAP dan PKR kepada Pas agar keempat Exconya tidak menyertai mesyuarat Exco dipengerusikan Khalid Ibrahim hari ini tampaknya tidak dilayan oleh Pas. Keempat Exco Pas hadir dan bermesyuarat seperti biasa bersama Khalid Ibrahim.

Semalam apabila Khalid menghantar surat pemecatan enam Exco DAP dan PKR, Lim Guan Eng telah menghubungi Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali agar memberi mesej kepada pucuk pimpinan menunjukkan rasa simpati dan sokongan (solidariti) kepada pemecatan enam Exco, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Lim Guan Eng tidak menjelaskan reaksi Mustapa. Apabila keempat Exco daripada Pas itu hadir ia memberi tafsiran bahawa Pas tidak bersedia untuk bersolidariti atas pemecatan itu. Salah seorang Exco Pas menyatakan mereka hadir sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti.

Apakah perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas sedia untuk keluar atau "dipecat" daripada Pakatan Rakyat? Kelewatan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa juga memberi indiksi bahawa parti itu masih dalam berkira dan membuat perhitungan terbaik buat mereka.

Dalam keadaan kemelut hari ini Pas tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang isu sepenting itu. Kelewatan ini dilihat sebagai muslihat oleh Pas dan menimbulkan berbagai-bagai persepsi negatif mengenai Pakatan Rakyat.

Pas menanggungkan mesyuarat yang ditetaokan 10 Ogos kepada 13 Ogos kemudian 17 Ogos dengan alasan untuk membolehkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota?

Alasan diberikan Mustapa itu tampak ia disengajakan bagi melengahkan mesyuarat itu atas motif tertentu.

Bertolak dari situasi ini juga mesyuarat jawatankuasa kerja Pas 17 Ogos ini penting dan mungkin hangat sehingga memutuskan sesuatu yang boleh mengejutkan. Semua orang khasnya ahali dan penyokong Pas dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu telah menegaskan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan Selangor dengan berMBkan kepada Khalid Ibrahim.

Seorang Exco Pas, Sallehen Mukhyi pula mengatakan Pas akan meletak jawatan sekiranya Khalid melantik Adun Umno menjadi Exco. Tegasnya Umno bukan kerajaan kalau dia (Umno) ada dalam kerajaan Pas akan letak jawatan.

Penjelasan dan penegasan Sallehen itu memberi gambaran Pas tidak bersedia berkawan dan bekerjasama dengan Umno untuk mempertahankan Khalid. Bantahan ini menjelaskan akan berlaku konflit besar dalam Pas kerana ada sebahagian mahu menjalini kerjasama dengan Umno. -Mohd Sayuti Omar


DAP selar PAS hadir mesyuarat exco, tiada semangat Pakatan Rakyat
Exco DAP yang dipecat Ean Yong Hian Wah menyelar tindakan empat exco PAS yang masih mahu menghadiri mesyuarat mingguan exco walaupun diarahkan pemimpin PKR dan DAP untuk memboikotnya.

Ean berkata, pihaknya kesal dengan sikap empat exco PAS yang masih mahu bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"DAP kecewa dengan PAS sebab mereka tetap masuk mesyuarat.

"Mereka tidak ada semangat dalam Pakatan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, pagi ini.

Beliau juga mendesak Khalid segera meletakkan jawatan dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu turut menggesa pemimpin PR segera mengadakan perbincangan dan menyelesaikan segera krisis pentadbiran di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim pula berkata, kerajaan PR masih wujud, sehubungan itu akan meneruskan tugasnya seperti biasa.

"Selangor masih kerajaan Pakatan Rakyat tetapi disabotaj oleh Adun Bebas.

"Kehadiran saya membuktikan kami masih kerajaan yang sah," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam dilaporkan berkata, 4 Exco PAS digesa menyatakan solidariti kepada tindakan pemecatan tersebut rakan mereka.

"Saya sudah hubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan sampaikan amanat daripada pucuk pimpinan parti meminta solidariti kepada 6 Exco DAP dan PKR.

"Saya menggesa 4 lagi Exco PAS tidak hadir mesyuarat esok," kata Lim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.

Lim berkata pemecatan tersebut tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang. – TMI

ULASAN GB

Susah mahu cakap.

Tatkala ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat berdukacita kerana telah dikhianati oleh Khalid Ibrahim, ahli-ahli exco PAS masih boleh tersenyum riang bergambar bersama pengkhianat berkenaan.

Memang lansung tidak amanah dengan rakyat yang telah mengundi mereka di atas kapasiti mereka sebagai seorang calon PR.

Kerja gila. Lansung tidak bermaruah malah memaparkan kebebalan di tahap maksima.

Gambar itu juga menghilangkan "respek" pejuang PR terhadap kamu. Lansung tidak berperinsip. Tetapi apakan daya... kerana hanya setakat itu tahap pemikiran mereka. .

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Hari ini senyum dan ketawa puas-puas... esok belum tentu!

Kredit:
http://greenboc.blogspot.com/

================================================

KOMEN AKU:

Aku bukan penyokong Anwar, bukan ahli PKR, bukan ahli DAP,...tapi aku bencikan kebejadan UMNO.

Selama ini aku sangka parti yang berlandaskan Islam, yang dianggotai oleh tok-tok guru, alim ulama dan ustaz-ustaz mempunyai semangat "setiakawan" yang terpuji.....malang sekali....kini terbukti sikap mereka lebih buruk dari UMNO dan lebih buruk dari NALLA KARUPPAN.  (...Tidak malukah dengan DAP yang dituduh lebih keCINAan tetapi mereka lebih setia)

Malah Presidennya sendiri mempunyai mentaliliti tahap pelajar tingkatan 4. Bercakap ikut suka, tanpa bukti, tanpa usul periksa dan paling buruk sebelum bermesyuarah!!!. inikah dasar PARTI ISLAM SE MALAYSIA??? sama saja Pak Mertua dan Menantu.

Tidak hairanlah kenapa setiap negeri yang diberi kepercayaan oleh rakyat kepada PAS telah terlepas satu persatu  ....Terengganu, Perak dan Kedah.........dan kini Selangor.....semuanya angkara PAS.

Ketika PKR dalam kesukaran, dalam kesedihan dalam kemurungan, apakah peranan PAS untuk mententeramkan rakan-rakan mereka???  PAS terkinja-kinja berpegangan tangan menikam PKR terang-terangan...........contoh setiakawan terbaik !!!

***nota:
Bukan semua ahli dalam PAS begini, ramai yang pandai-pandai, tetapi kesilapan mereka memilih presiden tahap tingkatan 4........semuanya terpalit.







2 comments:

Anonymous said...

Alahai semua parti politik sama jer. Yang dulu beria2 kata INI KALILAH tu BOLEH BLAH LA.

Anonymous said...

BOSAN dgn wayang DSAI.. cukup2lah