Wednesday 28 May 2014

MELAYU KE.......... KAYU

MELAYU KE KAYU


Satu Lagi Tajuk Akhbar Yang Buat Aku Gelak!
Adakah semua orang Melayu itu Islam?
Adakah semua orang Melayu itu orang UMNO?
Orang-orang asal di Sabah dan Sarawak itu Melayu Islam kah?
Orang-Orang keturunan Siam di Kelantan dan Kedah yang menjadi Ahli UMNO itu Islam dan Melayukah?
Utusan dan UMNO toksahlah nak membangkitkan sentimen perkauman bodoh!
Utusan ingat semua rakyat Malaysia bodoh seperti pengampu@penjilat di Utusankah?
Ini bukan di zaman tahun 50'an
Rakyat dan cerdik dan dah lama faham!

Aku bukan sokong India DAP yang celupar itu
Aku tengok calit kat dahinya tu pun aku dah meluat
Tapi aku benci sikap ganas orang-orang yang mengaku dirinya Islam!
Aku juga meyampah dengan sikap dan pandangan Utusan yang penuh kepuraan, ampu dan mengada-ngada....
Awang Selamat bukan berbisik lagi tapi dah meraung histeria

Hina Umno sama dengan hina Melayu-Islam, kata Utusan Malaysia
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
MAY 25, 2014
Dalam ruangan 'Bisik-bisik Awang Selamat' ditulis, provokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dengan mengatakan 'Umno celaka' keterlaluan dan mengundang kemarahan ramai pihak. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014
Penghinaan terhadap Umno dengan mengatakan parti itu sebagai 'celaka' boleh dianggap sebagai menghina Islam dan Melayu kerana parti itu dinaungi ramai orang Melayu dan Islam, kata kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini.
Dalam ruangan "Bisik-bisik Awang Selamat" beliau berkata, provokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dengan mengatakan "Umno celaka" keterlaluan dan mengundang kemarahan ramai pihak.
"Jangan salahkan pihak lain jika berlaku tindak balas. Ekstremisme mengundang ekstremisme," kata Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Menurut Awang Selamat, tindakan Rayer yang enggan memohon maaf bagi pihak parti boleh diandaikan mendapat restu DAP apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga enggan berbuat demikian.Awang Selamat berkata, DAP sekali lagi menobatkan diri mereka sebagai parti paling rasis kerana setiap kali ada sahaja pemimpinnya yang menghasut, menghina agama dan kaum lain serta memaki hamun.
Katanya, insiden itu membuktikan DAP membawa standard mangkuk tandas ke dalam Dewan.
Akhbar milik Umno itu turut menyeru rakyat Malaysia menasihati Rayer supaya menjalani rawatan kaunseling supaya dapat menjaga tutur kata dan akhlak, sebelum ditempah kecelakaan diri angkara penyakitnya sendiri.
"Awang tertanya-tanya apakah beliau kurang kasih sayang, membesar dengan mencarut, celaru mindanya atau sentiasa mimpi dirasuk syaitan celupar, yang diharap jawapannya - tidak.
"Nasihat Awang, beliau perlu menjalani segera rawatan kaunseling. Malu DAP, ada pemimpin seperti itu yang tidak tahu membezakan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tandas awam yang seminggu tidak bercuci," katanya.
Rayer pada Selasa lalu mengeluarkan perkataan 'Umno celaka' semasa perbahasan sidang DUN Pulau Pinang, sekaligus mencetuskan kemarahan dan beberapa siri protes Umno terhadap DAP.

Tidak berpuas hati dengan Rayer, sekumpulan 60 Pemuda Umno mengganggu persidangan apabila menceroboh masuk DUN pada Rabu lalu, menyebabkan 12 orang ditahan polis namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 50 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membawa sepanduk mengadakan protes dihadapan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur mengugut untuk membakar bangunan dan merosakkan papan tanda DAP.
Mereka kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming.

Manakala di Pahang, insiden baling telur dilakukan kumpulan Pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang membawa bendera negeri dan menyerang pejabat DAP di Kuantan pada Jumaat lalu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyokong tindakan ganas dan mengugut itu apabila menyifatkannya sebagai satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membiarkan ahlinya menghina Umno. – 25 Mei, 2014.


kredit: mountdweller



komen aku:

aku sokong 100 peratus kata admin ni..

Cara dan gaya bukan cara MELAYU dan bukan cara ISLAM

ini adalah cara KAYU dan LEMBU

3 comments:

Anonymous said...

INILAH AKIBAT NYE HINDU PARIA MASUK DALAM PARTI UMNO DAH JADI PARTI MACAM HINDU PARIA

Anonymous said...

HINDU TAK SEMESTINYA INDIA. INDIA TAK SEMESTINYA HINDU...

Anonymous said...

TAPI KATA MENTERI - KATA VIP. KATA UTUSAN UMNO ITU MELYU. MELAYU ITU UMNO.. FIKIR FIKIRLAH..