Saturday 21 June 2014

WARIS PERAK: YANG MANA BETUL NI???



Orang Peghok Dapat Raja Permaisuri Baru

Tuanku Zara Diperkenan Gelaran Raja Permaisuri Perak
Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 9:17 PM - mStar


Tuanku Zara Salim diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuatkuasa Jumaat.


IPOH: Mesyuarat Dewan Negara Perak yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini memutuskan Tuanku Zara Salim diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuat kuasa Jumaat.

Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim berkata berkuat kuasa hari ini juga, balu almarhum Sultan Azlan Shah diperkenan gelaran Raja Permaisuri Tuanku Bainun.

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar turut memutuskan Raja Di-Hilir Perak Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Muda Perak berkuat kuasa hari ini, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

"Berkuat kuasa hari ini juga, Raja Kechil Besar Perak Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Di-Hilir Perak.

"Mesyuarat itu turut memutuskan Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Shah dikurnia pangkat gelaran Raja Kechil Besar Perak berkuat kuasa hari ini," katanya.

Ayop berkata mesyuarat itu memutuskan tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ditetapkan pada 27 November.

Sambutan pertama ulang tahun hari keputeraan baginda akan dimulakan pada 2015.


DARI: mountdweller.blogspot.com



=======================================================================


Senarai Terkini: Pewaris Tahta Negeri Perak Yang Baru Dan Gelaran Bagi Tuanku Zara & Tuanku Bainun

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah telah memutuskan bahawa berkuat kuasa mulai hari ini, Jumaat 20 Jun 2014 bersamaan 22 Syabaan 1435H Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni

Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah juga telah berkenan menganugerahkan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun kepada balu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang juga merupakan bonda baginda.


Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara


Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun

Selain daripada itu senarai baru pewaris tahta yang diputuskan oleh Dewan Negara Perak adalah seperti berikut :-


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Jaafar ibni Raja Muda Musa
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 juga telah memutuskan bahawa tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak telah ditetapkan pada tarikh 27 November setiap tahun dan sambutan hari keputeraan buat pertama kalinya akan diadakan pada tahun 2015.


Tiga penyandang bagi Raja Bergelar yang lainnya masih lagi kosong seperti berikut :-


Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan


Dari : atsixty-zakriali.blogspot.com






KEDUA DUA MAKLUMAT DARI BLOG DI ATAS NAMPAK SAMA.........TAPI CUBA LIHAT PADA RAJA KECIL BESARNYA...ADA KELAINAN SIKIT.  MOHON PENCERAHAN !!!

2 comments:

Anonymous said...

ni sultan azlan anak angkat tukang jaga istana pun jadik sultan.. keluarga bukan darah raja tapi mengaku raja.. pirahhh melayu bodo

Anonymous said...

Ini hal keluarga diraja. Siapa mereka nak lantik adalah hak mereka. hal ini tak perlu diperbesarkan