Sunday 5 October 2014

ILMU DAN IMAN TIDAK DIWARISI






Lawak Pecah Perut Nik Abduh - Kuasa Besar Dunia Cuba Jatuhkan Hadi Awang


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa dasar konsisten PAS untuk menegakkan Islam menyebabkan terdapatnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, serangan tersebut dilakukan dengan melemahkan pimpinan dalaman kerana tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).


"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Tuan Guru (Hadi Awang) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab ya," kata Nik Abduh seperti disiarkan portal milik parti itu, Harakahdaily hari ini.

"PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR, mesti dilemahkan daripada dalam.

“Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam."

Anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yang sebelum ini mengatakan PAS dibuli PKR dan DAP mendakwa, pihak Barat dan musuh Islam tidak mahu melihat parti itu menjadi parti tunjang yang Malaysia seperti Umno satu hari nanti.

"Ini merimaskan Barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan Barisan Nasional (BN) yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang cukup merimaskan," katanya.

Ahli Parlimen penggal pertama itu turut menyeru ahli PAS untuk sedar dengan kebenaran tersebut.

Katanya, serangan terhadap Majlis Syura Ulama kerana pihak musuh Islam mengetahui ia merupakan kekuatan sebenar PAS.

"Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai presiden PAS," katanya.

Beliau berkata, pihak Barat sebelum ini berjaya dilakukan di Mesir apabila bekas presiden negara itu Mohamed Morsi digulingkan kerana menggunakan demokrasi untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil..

"Mereka juga melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan fatwa para ulama Muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Assad mestilah disekat, kerana ia pasti berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.

"Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti Isis. Maka Syria hancur dan fitnah agama berterusan memporak-perandakan Syria, negara yang dipenuhi ulama besar," katanya. – tmi


Opocot! Konspirasi antarabangsa? Terkejut aku!

Kalau otak mamat ni tidak beronani tak tentu fasal dan memang sungguh ada konspirasi antarabangsa terhadap Ustaz Hadi dan ulama Pas, yang buat konspirasi tu memang bongok of the highest order.

Hello bongok, kalau aku, aku biar je apa depa buat. Dengan Umno pun tak larat nak lawan..

Bukan saja tak larat nak lawan dengan Umno, siap tolong parti perasuah tu lagi macam di Kota Damansara dalam pilihan raya umum 2013 yang lalu.

Kalau betul ada konspirasi tu, babi di Tumpat lagi cerdik dari tukang buat konspirasi tu! - pak Bakaq aka Penarik Beca




Ada konspirasi antarabangsa jatuhkan Hadi dan Ulama PAS, kata Nik Abduh



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa dasar konsisten PAS untuk menegakkan Islam menyebabkan terdapatnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu.


Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, serangan tersebut dilakukan dengan melemahkan pimpinan dalaman kerana tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ada-konspirasi-antarabangsa-jatuhkan-hadi-dan-ulama-pas-kata-nik-abduh





KAH KAH KAH

woit
umang aaai...
terkantut wak den
hebat malaon ini
sampai ada konspirasi
kah kah kah
konspirasi global
bukan glokal

===================================
Kredit:
1. Pak Bakar Penarik Beca
2. Tukartiub.blogspot.com
================================================
Kata aku:

Pasai apalah budak ni tak cerdik.  Jauh daripada kebijaksanaan bapaknya. betullah kata orang...Ilmu dan iman tidak diwarisi

Friday 3 October 2014

ANAK ANDA BODOH????...."ADA CHANCE" JADI MENTERI


Apa taraf menteri umno ni???
kita ditimpa kesusahan, kita menjadi semakin susah, semua barang naik,.....dia suruh kita bersyukur???

Anak sapa lah menteri ni....???, dulu dia sekolah di mana????

PARTI  APA LAH MANGKOK BERKARAT NI WAKILI???

YANG LEBIH BANGANG LAGI....

SIAPALAH YANG PANGKAH MANGKOK NI MASA PILIHANRAYA.

KENAPA ORANG MELAYU MESTI JADI BODOH????





Tuesday 2 September 2014

BADAN AMAL TAK PERLU DAFTAR

Zahid Hamidi Kantoi Malu - Unit Amal Tak Perlu Daftar ROS Kata Mahkamah!


Padan muka kat dia.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Benda takde isu nak buat isu. Yang aku pelik kenapa sekarang setelah ;

1. PDRM berkali2 puji kerjasama unit amal yang membantu POLIS mengawal kesesakan lalu lintas sepanjang aktiviti parti/demo.

2. Geng2 BN sendiri pernah puji unit amal yang membantu kutip sampah dan bersihkan lokasi aktiviti parti/demo selepas tamat event.

Tak pasal2 dah kantoi malu si Zahid Hamidi tue. Dia nak tembak PPS. Itupun tembak PPS secara keterlaluan. Sampai out of topic. Dah alang2 tembak PPS nak tembak unit amal. Tembak punya tembak dia yang kena tembak. Bodoh. Kerja ko pun tak betul. Ada ahti nak betulkan orang lain. Sampai sekarang aku tengok masih terdapat warga asing yang jadi jaga. Ce citer kenapa? Apa yang si Zahid Hamidi tue buat? Dah tamat ke wayang tunjuk bagus macam buat kerja depan media dalam isu pegawai bank kena tembak dengan pengawal keselamatan warga asing?

HAHAHAHA..

Zahid Hamidi dikantoikan oleh JUHAM iaitu Noorazmir Zakaria. Macam mana?

1. Pada tahun 2011 beberapa petugas unit amal ditahan dan didakwa di mahkamah.

2. Kerana mereka participate dalam satu demo mahsuhkan ISA di ibu kota.

3. Kes dibicarakan di mahkamah majistret KL yang mana ketika itu pihak pendakwaraya gagal memutuskan kes itu secara prima facie bahawa perlunya unit amal berdaftar di bawah ROS.

Prima facie kat sini bermaksud hujah ataupun bukti yang mencukupi (dalam rangka munasabah, logik, berasas) untuk menyakinkan mahkamah bahawa wujudnya elemen utama (kesalahan) bagi mengerakkan pertuduhan (penghujahan oleh pendakwa kepada tertuduh) selanjutnya.

Maksudnya apa?

Maksudnya pihak pendakwaraya = kerajaan Malaysia gagal mengemukakan hujah solid, bukti mahupun keterangan yang kukuh untuk menyabitkan bahawa unit amal sememangnya perlu berdaftar di bawah ROS untuk membolehkan mereka beroperasi.

Ini bukan diputuskan oleh ahli pas. Ulama2 dalam pas ke. UG ataupun tak UG. Tapi ini keputusan mahkamah. Undang2 punya cerita. Undang2 membenarkan unit amal untuk terus berfungsi biarpun tanpa perlu berdaftar dengan ROS.

Macam mana Zahid? Mana nak sorok muka oi?

KAH KAH KAH

kredit: amenoworld

Friday 15 August 2014

THE BEST STATEMENT FROM PAS MEMBER

THE BEST STATEMENT FROM PAS MEMBER

Tan Sri Khalid Ibrahin Cukuplah Memperalatkan PAS

Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharu birukan lagi keadaan dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggung jawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.

Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.


Perkembangan lain telah berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam bersekali Tan Sri Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik yang dipegangnya dan amanah atas nama Pakatan rakyat yang ia perolehi dari rakyat Selangor.

Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili PR lagi.

Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?
Kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimana seorang ADUN bukan anggota PR boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat?
Tan Sri memecat exconya dari PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.

Tindakan ini boleh memecah belahkan Pakatan kerana seakan menunjukkan PAS terus mendokong MB yang sudah hilang legitimasi. Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat Exco dari PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dahulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.
Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang Naib Presiden tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.

Dengan ini, Tan Sri telah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai MB dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.

Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai MB dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.

Apa lagi bertindak seakan Tan Sri masih berkuasa penuh pada hal asas legitimasi Tan Sri sudah runtuh. Untuk kekal sebagai MB, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 ADUN PAS untuk menggenapkan cukup bilang bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + UMNO + TSKI + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya UMNO di Perak. Perbuatan tersebut amat terkutuk dan ditolak oleh amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan UMNO melanggar banyak prinsip yang dipegang oleh PAS selama ini.

UMNO adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan UMNO tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah ADUN untuk mengekalkan Tan Sri sebagai MB sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilang sekarang.

Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'. 15 ADUN PAS dipilih oleh rakyat Selangor atas tiket kerja sama Pakatan Rakyat. UMNO ditolak oleh majoriti rakyat Selangor kecuali di 13 dun. Kedudukan UMNO adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Selangor.

Membawa UMNO dari pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih Pakatan sebagai kerajaan dan menolak UMNO.

Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 ADUN PAS campur 12 ADUN UMNO dan turut campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 ADUN dari 56 jumlah ADUN.

50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat simple majority dari awal, sekalipun jika PAS dan UMNO sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih dari segala-galanya.

Sementalah PAS dan UMNO kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.

Jika Tan Sri mengharapkan YB Rodziah dan YB Teng yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan YB Rodziah berbanding yang lain, namun mereka telah mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia telah memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan 'jual beli kuda taruhan'.

Kentalnya YB Rodziah menolak tawaran kekal dalam Exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.

Legitimasi Tan Sri sebagai MB sudah berakhir.

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang ADUN untuk mendapatkan simple majority sudah tertutup. Apa lagi bila dua ADUN PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai MB secara terbuka.

Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dahulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi tindakan mereka telah meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS+UMNO+TSKI+lompat gagal dan mustahil.

Tan Sri tahu ini.

Lantas, apa lagi yang ditunggu?
Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?
Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan DUN?
Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?
Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN di bubarkan?

Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilang Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.

Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin.

PAS telah mengalami pengalaman yang pahit bila MB Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, telah mencetuskan krisis disebabkan UMNO melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri oleh parti gabungan yang lain.

Malangnya UMNO melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat UMNO. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.

Oleh itu, TAN SRI harus tidak mengheret PAS dalam krisis TAN SRI. Parti TAN SRI berhak menukar TAN SRI dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.
Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan YAB Ustaz Azizan wajar ditukar sebagai MB.
PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan TAN SRI mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang ia telah junjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978.

Jika budi PAS yang telah menunjukkan setia kawan bersama TAN SRI dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.

Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.
Namun, bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.

Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah swt.


Husam Musa
Naib Presiden PAS
15 Ogos 2014


Kredit:

http://lagiberita.blogspot.com

=================================================

KOMEN AKU:


TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Wednesday 13 August 2014

CONTOH SETIAKAWAN TERAGUNG DARI PARTI ISLAM SE MALAYSIA ???

CONTOH SETIAKAWAN TERAGUNG DARI PARTI ISLAM SE MALAYSIA ???
================================================
1.



17 Ogos Ka 27 Ogos Ka ...

Bhai/DeeDee semua ...

Benda nih "open secret".... Tak kisah la Mesyuarat JK PAS akan dibuat pada 17 Ogos ka atau 27 Ogos ka... Hasilnya sudah boleh dijangkakan...

Tak kisah la jugak kalu Mesyuarat ini dilewatkan sampai 17 November pon... Hasilnya tetap sama... Predictable...

Cakap-cakap Presiden sudah semacam "qath'ie"... Muktamad... Walaupun keputusan tue kureng tepat... Tapi bagi ahli PAS ianya dianggap berdosa kalo tak folo... Alasan konon ahli Jamaah kena wala' ngan pimpinan... wala' totok....

Giler aper nak wala' kalu nampak sangat macam ader agenda jer.... Takkan kalu pimpinan nak masuk tong taik pon jamaah semua nak kena ikut... Giler ker aper... Agak-agak la kalu nak wala' sekali pon...

Bukanlah Allah Taala tak kasik akal kepada lu.... Takkan tak reti nak guna kot???.. Sudah lupa ka pada ayat Al Quran yang diulang banyak kali dalam Surah Ar-Rahmaan iaitu "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" ...

Dalam kes PKR... Kalo Ketua Umum (KETUM) nak masuk tong taik... Takkan la ahli PKR pon nak ikut sama masuk tong taik... Agak-agak la wei... Hahaha... Giler aaa kalu wala' tak bertempat.... Nampak macam takdak akai ja..

So...

Sebenarnya benda nih kecik jer.. Tapi pasai ader orang tak reti nak jaga mulut... Mesyuarat pon belum buat... tapi dier dah kuar komen... Akai takdak punya worang... ... Benda simpler jer pada mulanyer... Pun mau kasik kepoh dan menyusahkan...

Aper susah sangat ka nak buat meeting tergempar dalam tempoh 24jam pertama .... Sampai bertangguh-tangguh... Nampak sangat la mesyuarat tue serupa tak payah buat pon takpa... Takdah proaktif... Leka.. Selenga..

Agaknyer la kalu la PAS jadi parti yang memerintah Malaysia... Kalu ader jadi kes macam MH370 ka... MH17 ka... Mau lapan belas kali mesyuarat akan ditangguhkan untuk bincang kes tue semata-mata ader yang tak dapat hadir.... Aper daaa... Lembab...

Ditegur tabley.. Dinasihat tabley... Alasan konon diorang lagi fakeh.... Pi Lanchow la...


Kredit:

http://cipantapirtenuk.blogspot.com


=============================================
2.

BINGKISAN DARI TUKANG TAMPAL POSTER BUAT PEMIMPIN PAS

TANPA PENYOKONG, TIADALAH PEMIMPIN

Boleh dikatakan bingkisan berikut adalah representasi tukang tampal poster, tukang gantung bendera, perayu undi, pengurus/penyelaras majlis/ceramah, keyboard warriors dan seluruh gerak kerja PAS yang amat berdukacita terhadap apa yang berlaku di Selangor. 

Inilah bingkisan yang datang dari golongan yang tidak mendapat apa-apa itu. Yong panjangkan. Sila baca.......



UNTUK KAWAN..!!

Kawan...!! Jangan khianati kepercayaan rakan Pakatan Rakyat hanya kerana untuk mempertahankan Presiden dan Setiausaha Agung kamu. Pas untuk Semua. Pas tidak akan menjadi Rahmat kepada semua jika Presiden mengekalkan kuasa Veto tanpa mengambil kira Syura Muktamar dan Syura Jawatankuasa Pas Pusat. 

Kawan...!! Jangan kamu hanya mengambil kira kesenangan kamu sehingga membelakangkan rakan-rakan yang pernah bersama kamu ketika menghadapi Pilihanraya. 

Kawan...!! Jangan kamu lupa, yang memberikan undi kepada kamu ialah pengundi yang mahukan Pakatan Rakyat berkuasa bukan hanya untuk Pas memiliki kuasa persendirian.

Kawan...!! Jangan kamu di hukum oleh pengundi dengan cara menghumban kamu kalah dalam PRU14 kerana sikap kamu yang hanya mementing diri sendiri.

Kawan...!! Musuh kamu yang utama ialah Umno dan Barisan Nasional bukannya rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Kawan...!! Kamu mendapat elaun ADUN dan Ahli Parlimen kerana rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat. Tidakkah kamu merasa bersalah mengambil elaun tersebut sehingga berani meninggalkan Pakatan Rakyat. 

Kawan...!! Kamu bercakap soal ugama tentang amanah dan janji benar tetapi dalam masa yang sama kamu seolah-olah mengkhianati janji-janji kamu kepada Rakan Pakatan.

Kawan...!! Kamu bercakap tentang Wala' kepada Pemimpin tetapi kamu lupa untuk Wala' kepada Syura Muktamar yang telah kamu putuskan bersama dengan ahli ketika kamu mengambil mandat Muktamar. 

Kawan...!! Pengalaman mengajar kita kezaliman Umno ketika kita sama-sama memperjuangkan demokrasi. Tetapi hari ini kamu di lihat senada dengan Umno di dalam beberapa hal.

Kawan...!! Dengarlah rintihan kami ini dan penyokong kamu. Jangan di lupakan sama sekali kamu yang kini berada di atas kerana ahli kamu dan sokongan pengundi kamu.

Kawan...!! Selesaikanlah masalah ini secepat mungkin untuk mengelakkan anggota bawahan dan kepimpinan sesama kita tidak berbalah sehinggakan membawa berantakan keretakan hubungan sesama sendiri. 


Akhirnya... Kawan...!! Sekali lagi kami merayu kepada kamu, mohon di selesaikan dengan bijak masalah ini secepat mungkin.


Kredit: 

http://yongsukakuning.blogspot.com

==============================================
3.



Apabila Exco PAS Begitu Tersenyum Gembira Bersama Pengkhianat Pakatan Rakyat...


Pas tidak tunjuk simpati kepada Exco DAP, PKR

Permintaan DAP dan PKR kepada Pas agar keempat Exconya tidak menyertai mesyuarat Exco dipengerusikan Khalid Ibrahim hari ini tampaknya tidak dilayan oleh Pas. Keempat Exco Pas hadir dan bermesyuarat seperti biasa bersama Khalid Ibrahim.

Semalam apabila Khalid menghantar surat pemecatan enam Exco DAP dan PKR, Lim Guan Eng telah menghubungi Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali agar memberi mesej kepada pucuk pimpinan menunjukkan rasa simpati dan sokongan (solidariti) kepada pemecatan enam Exco, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Lim Guan Eng tidak menjelaskan reaksi Mustapa. Apabila keempat Exco daripada Pas itu hadir ia memberi tafsiran bahawa Pas tidak bersedia untuk bersolidariti atas pemecatan itu. Salah seorang Exco Pas menyatakan mereka hadir sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti.

Apakah perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas sedia untuk keluar atau "dipecat" daripada Pakatan Rakyat? Kelewatan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa juga memberi indiksi bahawa parti itu masih dalam berkira dan membuat perhitungan terbaik buat mereka.

Dalam keadaan kemelut hari ini Pas tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang isu sepenting itu. Kelewatan ini dilihat sebagai muslihat oleh Pas dan menimbulkan berbagai-bagai persepsi negatif mengenai Pakatan Rakyat.

Pas menanggungkan mesyuarat yang ditetaokan 10 Ogos kepada 13 Ogos kemudian 17 Ogos dengan alasan untuk membolehkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota?

Alasan diberikan Mustapa itu tampak ia disengajakan bagi melengahkan mesyuarat itu atas motif tertentu.

Bertolak dari situasi ini juga mesyuarat jawatankuasa kerja Pas 17 Ogos ini penting dan mungkin hangat sehingga memutuskan sesuatu yang boleh mengejutkan. Semua orang khasnya ahali dan penyokong Pas dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu telah menegaskan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan Selangor dengan berMBkan kepada Khalid Ibrahim.

Seorang Exco Pas, Sallehen Mukhyi pula mengatakan Pas akan meletak jawatan sekiranya Khalid melantik Adun Umno menjadi Exco. Tegasnya Umno bukan kerajaan kalau dia (Umno) ada dalam kerajaan Pas akan letak jawatan.

Penjelasan dan penegasan Sallehen itu memberi gambaran Pas tidak bersedia berkawan dan bekerjasama dengan Umno untuk mempertahankan Khalid. Bantahan ini menjelaskan akan berlaku konflit besar dalam Pas kerana ada sebahagian mahu menjalini kerjasama dengan Umno. -Mohd Sayuti Omar


DAP selar PAS hadir mesyuarat exco, tiada semangat Pakatan Rakyat
Exco DAP yang dipecat Ean Yong Hian Wah menyelar tindakan empat exco PAS yang masih mahu menghadiri mesyuarat mingguan exco walaupun diarahkan pemimpin PKR dan DAP untuk memboikotnya.

Ean berkata, pihaknya kesal dengan sikap empat exco PAS yang masih mahu bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"DAP kecewa dengan PAS sebab mereka tetap masuk mesyuarat.

"Mereka tidak ada semangat dalam Pakatan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, pagi ini.

Beliau juga mendesak Khalid segera meletakkan jawatan dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu turut menggesa pemimpin PR segera mengadakan perbincangan dan menyelesaikan segera krisis pentadbiran di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim pula berkata, kerajaan PR masih wujud, sehubungan itu akan meneruskan tugasnya seperti biasa.

"Selangor masih kerajaan Pakatan Rakyat tetapi disabotaj oleh Adun Bebas.

"Kehadiran saya membuktikan kami masih kerajaan yang sah," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam dilaporkan berkata, 4 Exco PAS digesa menyatakan solidariti kepada tindakan pemecatan tersebut rakan mereka.

"Saya sudah hubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan sampaikan amanat daripada pucuk pimpinan parti meminta solidariti kepada 6 Exco DAP dan PKR.

"Saya menggesa 4 lagi Exco PAS tidak hadir mesyuarat esok," kata Lim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.

Lim berkata pemecatan tersebut tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang. – TMI

ULASAN GB

Susah mahu cakap.

Tatkala ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat berdukacita kerana telah dikhianati oleh Khalid Ibrahim, ahli-ahli exco PAS masih boleh tersenyum riang bergambar bersama pengkhianat berkenaan.

Memang lansung tidak amanah dengan rakyat yang telah mengundi mereka di atas kapasiti mereka sebagai seorang calon PR.

Kerja gila. Lansung tidak bermaruah malah memaparkan kebebalan di tahap maksima.

Gambar itu juga menghilangkan "respek" pejuang PR terhadap kamu. Lansung tidak berperinsip. Tetapi apakan daya... kerana hanya setakat itu tahap pemikiran mereka. .

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Hari ini senyum dan ketawa puas-puas... esok belum tentu!

Kredit:
http://greenboc.blogspot.com/

================================================

KOMEN AKU:

Aku bukan penyokong Anwar, bukan ahli PKR, bukan ahli DAP,...tapi aku bencikan kebejadan UMNO.

Selama ini aku sangka parti yang berlandaskan Islam, yang dianggotai oleh tok-tok guru, alim ulama dan ustaz-ustaz mempunyai semangat "setiakawan" yang terpuji.....malang sekali....kini terbukti sikap mereka lebih buruk dari UMNO dan lebih buruk dari NALLA KARUPPAN.  (...Tidak malukah dengan DAP yang dituduh lebih keCINAan tetapi mereka lebih setia)

Malah Presidennya sendiri mempunyai mentaliliti tahap pelajar tingkatan 4. Bercakap ikut suka, tanpa bukti, tanpa usul periksa dan paling buruk sebelum bermesyuarah!!!. inikah dasar PARTI ISLAM SE MALAYSIA??? sama saja Pak Mertua dan Menantu.

Tidak hairanlah kenapa setiap negeri yang diberi kepercayaan oleh rakyat kepada PAS telah terlepas satu persatu  ....Terengganu, Perak dan Kedah.........dan kini Selangor.....semuanya angkara PAS.

Ketika PKR dalam kesukaran, dalam kesedihan dalam kemurungan, apakah peranan PAS untuk mententeramkan rakan-rakan mereka???  PAS terkinja-kinja berpegangan tangan menikam PKR terang-terangan...........contoh setiakawan terbaik !!!

***nota:
Bukan semua ahli dalam PAS begini, ramai yang pandai-pandai, tetapi kesilapan mereka memilih presiden tahap tingkatan 4........semuanya terpalit.







Sunday 27 July 2014

JANTAN BIBIR PINK ??? DAYUS !!!

BENCANA TAK HABIS-HABIS... OII NAJIB, LETAKLAH JAWATAN KAU... KAU LEMBIK, DAYUS DAN PONDAN!

Posted by Era pasca0 341 comments
 209 3Delicious0 3118

Apa lagi yang paling layak untuk jantan bibir pink tu?

Tak ada apa yang boleh diharapkan dan tak ada apa-apa yang baik tentang dia.

Dia bermasalah, bini dia bermasalah sampaikan negara pun bermasalah kerana dia laki bini.

Sudahlah negara jadi miskin sampai terpaksa cipta satu cukai baru, naikkan harga semua barangan dan perkhidmatan, kemudian berlakon macam baik sedangkan rakyat dah nak mampus, sekarang buat-buat muka sedih konon-konon dua kejadian pesawat Malaysia Airline yang ditimpa malang, tak ada kena mengena dengan dia.

Kalau di Jepun atau Korea, Najib dah lama jadi BEKAS PERDANA MENTERI dan isterinya yang berbentuk tubuh tak ubah macam Panda Bunting tu, dah lama jadi isteri bekas perdana menteri. Tapi disebabkan rakyat Malaysia dungu dan hidup dalam kepompong feudalisme, Najib terus diangkat dan dijulang walaupun dia terus gagal, gagal dan gagal.

Hari ini, satu lagi episod malang menimpa syarikat penerbangan Malaysia, MAS. Dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Presiden Amerika Syarikat, selain penafian oleh Kerajaan Ukraine dan pihak pemisah di Ukraine, selain pengumuman serta cakap besar UMNO konon nak hantar bantuan kepada Malaysia, MH17 penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh dan mengorbankan 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Semalam pula, semua kelembikan, kedayusan dan kepondanan kerajaan Najib terungkap dalam kes kontroversi melibatkan seorang penyokong UMNO, Kiki Kamaruddin yang bersikap biadap terhadap seorang warga tua berbangsa Cina. Punyalah kemaruk nak dapatkan undi Cina dan menyaingi Pakatan Rakyat, tindakan telah diambil terhadap Kiki Kamaruddin yang setia menyokong UMNO dan Barisan Nasional itu. Sedangkan pada masa yang sama satu lagi kes melibatkan seorang wanita anggota pengkuatkuasa undang-undang di Pulau Pinang, ditampar dan dicaci maki, tidak pula ditangani.

Inilah yang dipersoalkan:

Adakah bila kita menjadi melayu dibumi malaysia, kita terpaksa kalah dalam semua hal?
keratan akhbar berbahasa cina yang menunjukan penguatkuasa mppp wanita berbangsa melayu dipukul oleh wanita cina dan dimaki dengan perkataan kesat.
ini lah yang menjadi masalah kat bumi bertuah ini, sejak kebelakangan ini, apa semua terjadi dekat bangsa melayu dah jadi macam kaum minoriti yang menumpang dibumi sendiri, melukut ditepi gantang.
isu amukan wanita melayu terhadap uncle cina, menjadi bualan dan viral yang over limit sampai pak menteri, ketua polis negara pun masuk juga komen. siap ketua polis kata akan menyiasat dan akan menahan wanita tersebut kerana ia melibatkan buli dijalan raya, hurm, sepantas kilat kena kalau orang melayu yang tersalah tune.
sebenarnya banyak video, posting dalam facebook yang ketara dan biadabnya kiasu menghina bangsa kita, malah boleh diketogorikan boleh jadi gaduh besarlah kalau orang melayu tu membalas balik, tetapi orang melayu tak macam tu, pasal terlalu baiklah golongan kiasu ini dah jadi naik lemak.
yang menjadi masalahnya, kenapa tiada komen, kutukan, malah update hal-hal tersebut oleh dikalangan pak menteri, stesen tv, malah kenapa tidak diviralkan diinternet oleh orang melayu sendiri ek? apa kita semua ni dah dibuta kayukan maruahnya, dikemam telur sebab ketakutan?
inilah dikatakan tadi, apa nak buat, kita semua ni dah macam jadi minoriti je kat malaysia ni, bersuara lebih-lebih kang, kenalah, tapi kiasu, ohh tak pe, diaorang back up besar, what the hell?
ps: apalah malang, entah lah labu, maksudnya jumud-jumud keruntuhan kuasa orang melayu bakal tercipta kot pada pru14 nanti, masa tu, tak pasti, mungkin kita ni menjadi bangsa kelas ke-2, semua kerana kita terlalu baik, naif, penakut... itulah fakta.. maaf.. tak leh tahan asik melayu kena asak je.. puih!! (SUMBER)

Kredit:


http://www.erapasca.com


================================

komen aku:

Aku Setuju  100 perarus artikel kamu


Thursday 17 July 2014

ANAK SAPA LA NI ???

Rahsia Tengku Mahkota Johor Terbongkar?


Kebimbangan ke atas projek Forest City – projek tambakan laut untuk menghasilkan pulau sebesar separuh saiz Putrajaya di Selat Johor – masih belum reda, namun dua lagi projek kini dalam perancangan.

Malaysiakini pada hari Isnin lalu melaporkan mengenai penglibatan Sultan Johor dalam projek Forest City, namun anaknya, Raja Muda Tunku Ismail Idris, juga menunjukkan kepintaran berniaga dengan dua projek tanah tambakan itu, yang kedua-duanya dijalankan oleh Benalec Holdings Bhd.

Empayar Tunku Ismail bukan hanya terhad di Johor.

Dalam satu pengumuman pada September tahun lalu oleh firma Singapura, Rowsley Ltd kepada bursa saham repulik itu SGX, ia mendedahkan bahawa Tunku Ismail menjadi pemegang saham utama penting dalam Rowsley Ltd.

Ia timbul selepas beliau menerima 12.78 peratus pegangan dalam Rowsley Ltd, bernilai S$81.5 juta (RM209 million) selepas menjual 9.23 hektar tanah di Johor Bahru, yang dimiliki Vantage Bay Sdn Bhd (VBSB), yang mana raja muda itu memiliki pegangan 30 peratus.

Jualan tanah itu sahaja menjadikan kekayaan Tunku Ismail, 30, melonjak melampaui tahap individu ke-50 paling kaya di Malaysia dalam senarai Forbes 2014.

Individu dalam senarai ke-50 dalam senarai itu ialah Robert Tan, seorang pemaju hartanah yang mencipta nama melalui projek Mid Valley City dan Garden Malls dengan nilai harta sebanyak RM220 juta.

Menurut pengumuman kepada SGX, 70 peratus saham selebihnya dalam VBSB dipegang oleh jutawan Singapura, Peter Lim, yang menguasai sebahagian kepentingan dalam Rowsley Ltd.

Rowsley Ltd dalam pengumumannya berkata tanah seluas 9.23 hektar itu terletak dalam kawasan utama Iskandar Malaysia.

"Ia terletak di kawasan mengadap laut, hanya beberap ratus meter dari kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin baru Johor, yang memeri kemudahan kepada warga Singapura untuk mengunjunginya kerana dekat dengan Singapura,” kenyataan itu dipetik.

Ia bukanlah kali pertama jutawan Singapura itu dikaitkan dengan keluarga diraja Johor.

Pada Mac, adik kepada Tunku Ismail, Tunku Abdul Rahman, 21 menandatangani memorandum persefahaman dengan Soverus Group, yang turut dimiliki Lim, untuk menyedia perkhidmatan keselamatan premium untuk Iskandar Malaysia.

Ia mendapat tumpuan Putrajaya, yang menetapkan dasar untuk tidak membenarkan firma asing mengawal keselamatan di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana firma keselamatan tempatan yang didapati dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh firma asing akan dibatalkan lesennya.

Di Johor, Tunku Ismail memiliki kepentingan dalam dua projek tambakan, satu di barat daya Johor, di perairan Tanjung Piai, dan satu lagi di tenggara, di perairan Pengerang.


Kredit: addindeen.blogspot.com

=============================================

komen aku:

Rakyat Johor akan kata.........Ampun tuanku, kayanya sultan kita, pandainya dia jual negeri


Tuesday 15 July 2014

RAKYAT JOHOR SEDANG DI KELENTONG SETANNYA

SULTAN SYAITAN SETAN ????




Jeng... jeng... jeng....
Ini cerita best... Cerita sultan yang selalu cakap kononnya hendak tolong rakyat. Sultan ini juga saban tahun buat project kembara seluruh negeri atas nama Kembara Johor dengan momokannya untuk merasai keperitan hidup rakyat.... 

Kelentongannya untuk merasai keperitan rakyat tapi dia sendiri perabis duit rakyat dengan segala macam kemewahan.. Alahai.. kesian rakyat dia... dikelentong zaman berzaman. June 2014 telah saya coretkan di sini apa yang saya bimbangi.. ternyata telahan menepati.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dinamakan sebagai pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, yang mengawal pegangan 64.4 peratus yang menjadikan usaha sama itu sebenarnya antara Country Garden dan sultan.

Cerita berikut daripada sebuah portal dalam talian: 

Kadar pembangunan pesat di wilayah Iskandar Malaysia terbukti sukar diikuti orang awam, tetapi antara pelbagai projek yang tumbuh, berdirinya Forest City.

Pulau buatan hampir 2,000 hektar itu, hampir separuh keluasan Putrajaya, akan diwujudkan di barat daya Johor Bahru di Selat Johor, di mana terletaknya jambatan kedua ke Singapura.

Forest City menghiasi dada-dada akhbar dalam minggu-minggu terakhir ini.

Ia antaranya berhubung kerisauan Singapura berhubung sempadan dan  kebimbangan Penilaian Kesan Alam Sekitar (DEIA) dan dakwaan potensinya merosakkan pelabuhan Tanjung Pelepas tidak jauh daripada tempat itu.

Projek itu dilaporkan meluas sebagai kerjasama antara pemaju tersohor China dan syarikat milik kerajaan Johor, iaitu Country Garden Holdings yang berpusat di Guangdong di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Untuk menjayakan kerjasama ini, Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd ditubuhkan bagi menjayakan Forest City.

CGPV dikuasai 66 peratus syarikat gergasi China itu melalui anak-anak syarikat berdaftarnya di Malaysia, Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd.

Saham kerajaan Johor, atau lebih tepat KPRJ, dipercayai melalui Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, yang mempunyai 34 peratus pegangan dalam CGPV.

Bagaimanapun, penelitian lebih dekat terhadap Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, Malaysiakini mendapati KPRJ hanya mempunyai pegangan tidak seberapa sebanyak 20 peratus dalam syarikat yang sepatutnya mewakili kepentingan satu pertiga kerajaan negeri dalam Forest City.


Usahasama Country Garden-sultan

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dinamakan sebagai pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, yang mengawal pegangan 64.4 peratus yang menjadikan usaha sama itu sebenarnya antara Country Garden dan sultan.

Bagaimana rupanya Foresti City kelak, perkara itu masih tidak jelas.

Bagaimanapun Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris dilaporkan berkata pada Mei, ia akan meliputi stadium baru berkapasiti 50,000 orang untuk pasukan negeri.

Tekanan muncul selepas Singapura mengadu kepada Putrajaya berhubung kebimbangan projek itu akan menjejaskan kawasan pesisir pandai kota itu, sekali gus memberikan gambaran besar kepada kerajaan persekutuan.

Kerajaan negeri akhirnya mengeluarkan perintah henti kerja untuk aktiviti menambak sementara menunggu DEIA daripada pemaju dan perbincangan dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Anehnya, kerajaan negeri mempertahankan penambakan sebelum itu, tanpa DEIA, dengan menyatakan kerja-kerja menambak hanya meliputi kawasan 49 hektar, satu hektar kurang daripada pensyaratan, dan dilakukan secara berperingkat.

Carian status tanah di PT4071, tempat Forest City akan dibina, yang dilihat Malaysiakini menunjukkan CGPV sudah memiliki 1,978.1 hektar kawasan itu sejak 8 November 2012 dengan cukai tanah RM8.3 juta.



kredit: kerajaanrakyat.blogspot.com


==============================================

Komen aku:

Tanya rakyat Johor apa perasaan mereka kena tipu dari dulu hingga sekarang. Mereka tetap kata....ampun tuanku !!!

Berapa banyak tanah dan pulau negeri johor tergadai ??? tapi siapa yang berani ungkit atau bantah........rakyat johor tetap kata.....Ampun tuanku!!!

Rakyat johor kata negeri johor kaya???? betul ke??? apa hasil johor???.....mereka kata lihat sultannya mewah, banyak kereta,........  apakah ini tanda kaya??? Kalau semua projek sultan sapu, jual tanah, jual pulau.......semua orang boleh jadi kaya. sebab itu aku kata......

RAKYAT JOHOR ADALAH PALING BODOH



Saturday 5 July 2014

ADNAN YG BODOH, EGO DAN SOMBONG


KU NAN BUKAN SAJA BODOH TETAPI EGO DAN SOMBONG



dulu aku ada dua telur,.....sekarang.tinggal..............


tolong la jangan kutuk aku! 


MACAM-macam perangai puak-puak Umporno, parti keris telanjang tanpa sarung sekarang ini. Jika dulu mereka ini penentang Hukum Hudud, mereka juga selalu kata ugama dan politik jangan dicampur-adukkan dan sampai sekarang 'mazhab' lama ini masih ramai di kalangan mereka yang mempercayainya.

Muncul pula Kassim Ahmad yang dulu berimankan fahaman komunis, kemudian bertaubat masuk mazhab Umporno. Kassim Ahmad ini amat dipuja oleh mamak kutty dari Karala yang pernah jadi PM dan ketua parti keris telanjang dan bos besar di dalam parti dacing Baghdad. Fatwa Kassim Ahmad yang menolak Hadith amat terkenal sehingga beliau boleh mengarang sebuah buku untuk mengambil alih tugas Iblis menyesatkan Bani adam. Beliau terang-terang tolak Hadith bahkan yakin bahawa rambut itu bukan aurat bagi kaum Muslimat. Kassim Ahmad masih berada di negara ini, bebas sebebas-bebasnya.

Baru-baru Majlis Fatwa Terengganu menghukumkan Kassim Ahmad 'murtad' kerana fahamannya menolak Hadith. Apa kata Jamil Khir, mantan Pengarah KAGAT yang kini menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam? Beliau kata, "Kassim Ahmad 'murtad dan kufur" di Terengganu saja. Ertinya, Kassim Ahmad sudah bersedia seandainya beliau mahu mampus, beliau akan pastikan nyawanya tidak diambil di dalan tanah jajahan negeri penyu bertelur tersebut. Maka, selamatlah beliau dari mampus kafir.


Pelik tidak? Tidak pelik kerana banyak lagi yang pelik-pelik akan muncul lagi selepas ini. Dua tiga hari lalu, seorang menteri yang kononnya berdarah raja, Tengku Nan pula beritahu rakyat negara kita bahawa "Meminta sedekah dan memberi sedekah" kepada sesiapa pun yang meminta di kota raya Kuala Lumpur adalah satu kesalahan dan boleh didakwa. Betapa 'jenayah'nya orang yang meminta sedekah berbanding dengan yang menjadi peragut atau pelacur di Kuala Lumpur. Hebatnya perbuatan 'jenayah' kita yang memberi sedekah di tengah bandar Kuala Lumpur berbanding jika kita 'mendermakan' duit kita kepada kedai Sport Toto atau rumah jalang yang bersepah di tengah bandar itu.


Itulah hebatnya Ku Nan. Tepatlah siapa yang mengundi beliau untuk menjadi MP di Putrajaya. Dapat saham sikit seorang akibat tugas yang dijalankan oleh Ku Nan sekarang. Kononnya untuk menghapuskan gejala peminta sedekah agar KL dilihat bersih dari kacamata Pelancung yang datang. Nawaitunya kerana pelancung, bukan kerana apa. Jauh sekali Nawaitu kerana Allah.


Mudah tugas kerajaan. Bukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tetapi menyorokkan kemiskinan itu dari diketahui oleh para pelancung. Negara barat atau negara-negara maju yang lain tiada gelandangan atau peminta sedekahkah sehingga Ku Nan malu sangat dengan kehadiran peminta sedekah ini? Tugas kerajaan sepatutnya tangkap sesiapa yang meminta sedekah itu, siasat dan jika terbukti mereka menipu untuk meminta sedekah, maka dakwalah. Kita tidak pertikai tetapi jangan menghukum pukul rata begitu sampai si pemberi sedekah atau makanan pun mahu dianggap sebagai penjenayah.


Banyak tempat maksiat dan kawasan-kawasan jenayah yang tidak selesai kamu perangi, janganlah buat kerja gila dan memalukan itu. Itulah akibatnya jika tersalah pilih pemimpin bukan saja jahil tetapi ego dan sombong.
MACAM-macam perangai puak-puak Umporno, parti keris telanjang tanpa sarung sekarang ini. Jika dulu mereka ini penentang Hukum Hudud, mereka juga selalu kata ugama dan politik jangan dicampur-adukkan dan sampai sekarang 'mazhab' lama ini masih ramai di kalangan mereka yang mempercayainya.

Muncul pula Kassim Ahmad yang dulu berimankan fahaman komunis, kemudian bertaubat masuk mazhab Umporno. Kassim Ahmad ini amat dipuja oleh mamak kutty dari Karala yang pernah jadi PM dan ketua parti keris telanjang dan bos besar di dalam parti dacing Baghdad. Fatwa Kassim Ahmad yang menolak Hadith amat terkenal sehingga beliau boleh mengarang sebuah buku untuk mengambil alih tugas Iblis menyesatkan Bani adam. Beliau terang-terang tolak Hadith bahkan yakin bahawa rambut itu bukan aurat bagi kaum Muslimat. Kassim Ahmad masih berada di negara ini, bebas sebebas-bebasnya.

Baru-baru Majlis Fatwa Terengganu menghukumkan Kassim Ahmad 'murtad' kerana fahamannya menolak Hadith. Apa kata Jamil Khir, mantan Pengarah KAGAT yang kini menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam? Beliau kata, "Kassim Ahmad 'murtad dan kufur" di Terengganu saja. Ertinya, Kassim Ahmad sudah bersedia seandainya beliau mahu mampus, beliau akan pastikan nyawanya tidak diambil di dalan tanah jajahan negeri penyu bertelur tersebut. Maka, selamatlah beliau dari mampus kafir.


Pelik tidak? Tidak pelik kerana banyak lagi yang pelik-pelik akan muncul lagi selepas ini. Dua tiga hari lalu, seorang menteri yang kononnya berdarah raja, Tengku Nan pula beritahu rakyat negara kita bahawa "Meminta sedekah dan memberi sedekah" kepada sesiapa pun yang meminta di kota raya Kuala Lumpur adalah satu kesalahan dan boleh didakwa. Betapa 'jenayah'nya orang yang meminta sedekah berbanding dengan yang menjadi peragut atau pelacur di Kuala Lumpur. Hebatnya perbuatan 'jenayah' kita yang memberi sedekah di tengah bandar Kuala Lumpur berbanding jika kita 'mendermakan' duit kita kepada kedai Sport Toto atau rumah jalang yang bersepah di tengah bandar itu.


Itulah hebatnya Ku Nan. Tepatlah siapa yang mengundi beliau untuk menjadi MP di Putrajaya. Dapat saham sikit seorang akibat tugas yang dijalankan oleh Ku Nan sekarang. Kononnya untuk menghapuskan gejala peminta sedekah agar KL dilihat bersih dari kacamata Pelancung yang datang. Nawaitunya kerana pelancung, bukan kerana apa. Jauh sekali Nawaitu kerana Allah.


Mudah tugas kerajaan. Bukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tetapi menyorokkan kemiskinan itu dari diketahui oleh para pelancung. Negara barat atau negara-negara maju yang lain tiada gelandangan atau peminta sedekahkah sehingga Ku Nan malu sangat dengan kehadiran peminta sedekah ini? Tugas kerajaan sepatutnya tangkap sesiapa yang meminta sedekah itu, siasat dan jika terbukti mereka menipu untuk meminta sedekah, maka dakwalah. Kita tidak pertikai tetapi jangan menghukum pukul rata begitu sampai si pemberi sedekah atau makanan pun mahu dianggap sebagai penjenayah.


Banyak tempat maksiat dan kawasan-kawasan jenayah yang tidak selesai kamu perangi, janganlah buat kerja gila dan memalukan itu. Itulah akibatnya jika tersalah pilih pemimpin bukan saja jahil tetapi ego dan sombong.


inilah watak sebenar makhluk yang bernama KU NAN



kredit: wfauzdin.blogspot.com

==============================================

komen aku:

apa yang baik tentang UMNO ??????