Tuesday 27 May 2014

Melayu melomor najis busuk kepada bangsa Melayu





Cukuplah Melayu melomor najis busuk kepada bangsa Melayu!

1. Hari ini aku nak tulis pasal Melayu. Riuh rendah di sana-sini mengamuk berbagai konon katanya bangsa Melayu dihina!

2. Yang terbaru ada satu kenyataan bisik-bisik yang kalau tak silap bunyi " hina Umno bermakna hina Melayu!". Kejap...nak tersedak rasanya!

3. Nama U.M.N.O pun dah tak gaya Melayu, macam mana pulak nak kata Umno tu Melayu! Kelakar habis main dengan puak-puak ni.

4. Kalau parti itu berbunyi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMEB atau PEKEMUT (tapi PEKEMUT tu tak berapa eloklah bunyinya-tak usahlah!), munasabah jugalah gaya Melayunya! Ini United Malay National Organisation, Melayu kot mana?

5. Tapi tak apalah apa namanya pun! Yang menjadi masalahnya sekarang ialah katanya, hina Umno bermakna hina Melayu? Bagaimana kalau orang Cina terasa, hina DAP bermakna hina Cina pula? Tak ke kucalana jadinya...? Pemain-pemain Piala Thomas barangkali turut rasa terhina dengan mainan Umno ini sebab semua pemain-pemain tersebut Cina belaka, sedang mereka bersama Rashid Sidek bertungkus lumus mahu mengharumkan nama negara, kamu dalam negara sedang melomor najis perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia. Memalukan!

6. Ini puak-puak yang mengaku Melayu yang sibuk mengamuk sana-sini yang sehingga kini belum pun diberkas dan ditahan Polis, hebat benarkah maruah dan identiti Melayu mereka? Benarkah mereka ini mewakili watak Melayu yang sebenar? Atau mereka ini hanya mengaku Melayu tapi sebenarnya perangai mengalahkan syaitan?

7. Dulu-dulu ada seorang memanda tua (yang katanya mengaku melayu jugak) berkata lebih baik sokong syaitan yang dikenali dari malaikat yang tidak dikenali. Apakah kata-kata memanda tua itu benar-benar telah merasuk dan meresap ke dalam jiwa para samseng tahik kucing yang mengamuk, yang amat kita kenali dari puak mana itu? Benar-benar nampaknya mereka ini mahu menjadi syaitan tanpa segan silu, hingga sanggup nak bakar pejabat orang, roboh papan tanda pejabat orang, tendang pintu besi pejabat orang. Apa ke gila namanya ini?

8. Kalau ya pun maruah bangsa Melayu tercemar...kalau ya, tak kan begitu bodoh dan bangang cara tindakannya. Ok kalau itulah tindakannya yang dirasakan betul oleh puak-puak itu, apa yang mereka rasa orang Melayu dapat balik? Dapatkah balik Pulau Batu Putih yang begitu mudah digadai pemimpin Umno? Dapatkah balik Pulau Singapura yang juga dilepaskan oleh pemimpin Umno? Dapatkah balik tanah di Tanjung Pagar yang tak pasal-pasal diserah kepada negara jiran itu oleh pemerintah negara yang dikuasai Umno? Dapatkah kembali tanah-tanah di Johor dan dalam negara yang banyak dijual oleh para kroni dan mereka yang katanya kebal undang-undang, kepada kapitalis asing itu? Dapatkah balik runding dengan Singapura, harga air yang merugikan itu yang dulu dirunding oleh pakar perunding kerajaan Umno? Dapatkah balik menguasai lebih 30% ekonomi negara? Alahai bodohnya!!

9. Wahai puak-puak Umno dan yang berkiatan dengannya, nak pulihkah maruah bangsa Melayu bukan pergi serang premis parti DAP dan Cina, bukan marahkan Diyana anak Melayu jadi calon DAP tetapi bicarakan dengan telus kes lembu Sharizat dan suaminya. Bicarakan secara telus dan berintegriti kes rasuah dan pecah amanah para jerung negara. Bicarakan secara telus kes Althantuya Sharibu. Bicarakan secara berintegriti kes Anwar Ibrahim. Ambil tindakan telus dalam kes komisyen kapal selam. Dan yang paling penting Umno jangan permainkan hukum hudud, ikhlas menyokong PAS dalam usaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Trengganu!

10. Hanya itu sahaja antara caranya maruah Melayu dapat dipulihkan, jika tidak, tak usah cakap soal maruah Melayu kerana kamu yang konon membela maruah Melayu dengan cara bermain api perkauman sedang melomor najis busuk kepada bangsa Melayu sendiri.

KREDIT: GARAMLADA


No comments: