Thursday 29 May 2014

SEMUA MENTERI BN TAKUT WARTAWAN KERANA MENIPU


1.

Najib Soalan Wartawan Pun Takut Jawab



CONTOH KES 1
Aduh, ajak debat takut, tapi bercakap berdekah-dekah, konon ohsem la sangat, rupanya asem....tu la najib kalau korang nak tau, baru terfikir rupanya kenapa najib takut nak debat dengan Anwar, soalan wartawan pun dia masih tak mampu nak jawab.

Dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang semalam, najib cuma ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu.

Tapi najib enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

"Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," kata najib dalam satu sidang media tak sampai 10 minit dan terus segara tiba-tiba sidang media itu ditamatkan.

Panas punggung agaknya najib, kalau tidak pun mesti najib tengah sakit perut, Kita fikir yang positive aje la ye, kah..kah..kah..

Kenapa agaknya panas?, Air cond rosak ke atau perkataan "mahkamah Perancis" tu buat najib panas dalam. kah..kah..kah... sesama la fikir



CONTOH KES 2

Berbalik kepada cerita mengenai wartawan dari ABC News. Semalam Najib juga memberitahu selepas sidang media, sesi soal jawab akan ditutup. Jika ada mana2 wartawan yang mahu bertanyakan soalan mereka perlu hantar soalan dan soalan akan dijawab pada sidang media jam 5 petang. Namun pada semalam, sidang media pada jam 5 petang juga turut dibatalkan, yakni soalan2 para wartawan tidak terjawab langsung.

Salah seorang wartawan asing nampaknya tidak mengedahkan larangan tersebut. Apa yang berlaku ialah dia terus melulu ke arah Najib dan terus bertanyakan soalan. Namun sayangnya persoalan dia tidak dijawab bahkan dia diescort oleh pengawal keselamatan Najib (dijauhkan dari Najib) selepas bertanyakan soalan.

CONTOH KES 3

MH370: Bagi aku tiada yang baru di dalam "Khutbah" Najib. Selama seminggu hanya Hishamuddin saja yang berbelit-belit bercakap di hadapan ratusan media asing dan tempatan, semalam Najib muncul. Kita ingatkan tentu ada yang menarik serta positif yang Najib boleh kongsikan. Malangnya tiada. Malahan lebih hampa apabila Najib takut untuk ditanya oleh wartawan.

Malu kita ada pemimpin yang takut untuk berdepan dengan soalan wartawan. Takut apa? Memang tidak semua perkara boleh diberitahu kepada orang awam, tetapi apa salahnya sekadar menjawab soalan yang boleh dikongsikan bersama orang awam? Mana-mana yang dirasakan tidak perlu dijawab, beritahu saja tidak boleh dijawab atas alasan-alasan tertentu, keselamatan umpamanya. Tetapi langsung tidak mahu berdepan dengan wartawan ini amat meragukan dan memalukan.


CONTOH KES 4

Di Perth, Najib terus elak soalan media



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Australia berhubung peranannya mencari pesawat MH370 dalam lawatannya ke Perth hari ini.

Beliau bagaimanapun sekali lagi mengelak menjawab soalan.

Dalam sidang media yang disiarkan langsung oleh CNN menunjukkan Najib membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.

CONTOH KES 5

PM Dolah, TPM Najib tak berani jumpa wartawan?

Kebiasaannya selepas mesyuarat MT UMNO, PM Dolah atau Timbalannya Najib akan mengadakan sidang akhbar, selepas mesyuarat selesai.

Tapi semalam lain ceritanya, PM Dolah tak buat sidang akhbar, Najib pun tak buat, SU Agung Tg Adnan pun tak buat. Wartawan yang menunggu betul2 hampa. Sebabnya nak tanya PM Dolah pasal keputusan PAS tolak muzakarah. Apa kata MT UMNO? Tapi PM Dolah tak buat sidang akhbar.

Kenapa PM Dolah? Tak berani ke berdepan dengan wartawan lagi? Takut ditanya macam2 pasal penolakan PAS itu. Yang bercakap tentang muzakarah dengan PAS hanya Mat Taib.

Sidang akhbar yang dijadualkan selepas mesyuarat lembaga disiplin UMNO pun turut dibatalkan. Kenapa? Apa dah jadi?


2.
Aduhai AHMAD MASLAN, ingat hebat & berani.. mau wartawan nak tanya lari langkah parit pun sanggup..!! Ahmad Maslan langkah parit, elak wartawan



  Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.

Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup menyeberangi satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.

Drama tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.



3.

Hasan Malek takut kepada wartawan, kenapa?




Sikap berhati-hati calon DAP dalam pilihan raua kecil Telok Intan Dyana Sofya untuk tidak menjawab soalan-soalan pelik dari wartawan bagi mengelakkan dirinya terperangkap atau jawabannya dieksploit sebagai bahan kempen, mungkin tidak menjadi isu besar dan perkara sangat ganjil lagi apabila orang bertaraf menteri sendiri juga berbuat demikian.

Mernteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek (foto) juga dilaporkan meninggal majlis tergesa-gesa untuk mengelak dari ditanya wartawan berhubung skandal pinjaman Baank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan karpet berbangsa India yang diberikan tanpa faedah.

Pegawai akhbar Hasan membantu menyalamatkan tindakan Hasan itu kononnya dia perlu segera kerana ada satu lagi acra yang hendak disertainya. Mengapa nampak culas Hasan kali ini kalau tidak dia sangat mesra dalam hal ehwal memberi tahu harga ayam tidak naik, ataupun kelebihan memakan gula bagi menjustifikasikan kenaikan mendadak harga gula.

2 comments:

Anonymous said...

Memang tak beriman muka si Hasan Malek ini

Anonymous said...

tahuuu tak pe